TOP NEWS

Selamat datang, dan tinggalkan lah kat JPY nasihat-nasihat yg berguna ya! Jangan lupe tegur JPY, ok?

Friday, September 27, 2013

Mengajar. Berkongsi. Berinspirasi.



Ini kali pertama aku ditawarkan untuk berkongsi. Mengajar adalah sebahagian minat aku. Bila ditawarkan peluang ini, terus aku mendakapinya tanpa ada rasa terbeban dan sebagainya. Kali pertama juga pada 13 Mei yang lalu aku mendaftarkan nama Brilliant Inspiration di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan seterusnya kini aku bekerja sendiri. Jan 2010 pula menyaksikan aku bekerja secara sambilan di CENSERVE, satu pusat khidmat sosial di UIAM sehinggalah kini. memang sukar untuk aku lepaskan.

Alhamdulillah. Ini semua adalah nikmat Allah. Ini semua adalah milik Allah. Allah sedang mengamanahkan CENSERVE, Brilliant Inspiration dan kini, CCCD 3111 kepada aku. Aku terima dan redha ya Allah kerana ketiga-tiga ini adalah minat aku. Jiwa aku.

Kelas pada setiap hari Rabu. November sehingga Disember sudah ada tempahan program dan perkahwinan. Setiap hujung minggu pula pasti program dan aktiviti sukarelawan pula memanggil. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Rezeki Allah hadir, tidak kira susah dan senang, banyak mematangkan diri aku.

Aku harap semua aktiviti aku ini dikira ibadah dan mendapat keredhaanMu, ya Allah. Seuntai kata dari aku;

Usah panik dengan dugaan yang datang
Senyum dan tenang, itulah kemanisan namanya.

Hidup takkan bosan dengan masalah, tapi hidup menjadi sia-sia kerana bergelumang dengan masalah yang tidak diselesaikan.

Jangan mundur kalau sudah bertapak, Jangan melangit kalau tapak tidak kukuh! Bersederhanalah, insyaaAllah ada barakah.

Beri inspirasi, Kongsi Inspirasi, moga hidupmu bermotivasi!
8:08 PM Posted by Razali Sudin 0

Tuesday, July 23, 2013

Aku Manusia Lemah



Aku memandang cermin.

"Weh, kau tak habis-habis buat hal, kan?"
"Aku tau,  aku salah. Aku bukannya perfect!"
"Elleh, kau tak habis-habis buat hal.. Takkan kau tak faham?"
"Aku lemah bab perasaan-perasaan ini..."
"Itu lah engkau, selalu buat orang terluka, terguris. Kau memang tak belajar dari pengalaman lampau, kan?"
"Pengalaman lampau lagi teruk. Aku, kalau boleh tak nak ulangi, dah.."
"Engkau, bagi nasihat, bukan main pandai, kan??!"
"Aku tau... kali ini 'timing' aku salah..."

Aku berpaling dari cermin. Menadah tangan.

"Ya Allah. Aku mohon perlindungan mu dari Syaitan yang direjam. Sesungguhnya, aku tidak putus-putus membuat dosa dan mengundang kemurkaanMu, aku takut, ya Allah. Engkau ampunilah aku, tunjukilah jalan yang lurus. Kurniakanlah hidayahMu, jauhkanlah aku dari perkara-perkara mungkar dan keji, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ampunilah aku."


11:25 AM Posted by Razali Sudin 0

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan: Puasa adalah Heaven Class!



Sebelum Ramadhan, aku berdosa!
Semasa Ramadhan, aku berdosa juga!
Selepas Ramadhan, dok tahu lagi nasib aku...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ. أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ. شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka, barang siapa di antara kalian sakit atau berada dalam perjalanan (lalu berbuka), (dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ia tinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Wajib bagi orang-­orang yang berat menjalankannya, (jika mereka tidak berpuasa), membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan dengan kerelaan hati, itulah yang lebih baik baginya. Berpuasa lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan-­penjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Oleh karena itu, barangsiapa di antara kalian hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, hendaklah ia ber­puasa pada bulan itu, dan barangsiapa yang sakit atau berada dalam perjalanan (lalu berbuka), (dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ia tinggal­kan itu pada hari-hari yang lain. Allah meng­hendaki kemudahan bagi kalian, dan tidak meng­hendaki kesukaran bagi kalian. Hendaklah kalian mencukupkan bilangan (bulan) itu dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberi­kan kepada kalian supaya kalian bersyukur.” [Al-Baqarah: 183-185

Banyok berdooh rasanya, dosa-dosa hok aku buat. Tiap kali wat dose gak, istighfar akan menyusul. Nyesal pah sudoh. "Tobat aku xmboh wat doh!." Tapi last-last wat jugok, yang akhirnya akan disusuli dengan astaghfirullahal'azim....

Bulan pose ni lah bulan nok cuci hati kite. Duk saje kat masjid pun sambil tgk orang ngaji, sejuk doh hati... Mayang teraweh belakang tahfiz pun, senang jugok hati. Napok dok, ade sinar bulan Ramadhan ni? Memang bulan ni bulan rahmat, bulan ibadat, bulan untuk semua hamba Allah berlumba-lumba membuat pahala. Sejak disyariatkan puasa ni lah, kita umat Islam beruntung.. Bulan Ramadhan nilah bulan menyatukan keluarga, meredakan kemarahan, menghalang kita dari wat maksiat.

Bayangkan kalau hari biasa di luar Ramadhan, kita mungkin biasa jer wat dosa. Dok rase ssaloh sikit habuk. Bile dalam bulan Ramadhan, punyalah sungguh nok jaga pahala puasa, kita akan buat abih gheng untuk halang diri dari wat maksiat. Alhamdulillah. Mung-mung kat luor nung ase rase gitu gok? kalu dok terase gitu, baik gi cek hati tu...

4 tahun doh berpuase beraya dengan keluarga tanpa pikir apa-apa komitmen kehidupan bersama keluarge lain. Tapi tahun ni, pelik sikit. Ade 'orang' doh weh. Tapi dok leh kabor ah sining, kan cari glemer pulok, dang-dang pulok tubek kapel seminggu.. kah kah kah.tapi bukang kisoh kapel. Kite dok main kapel-kapel ning. Baik gi carik rahmat dan redha Allah lagi elok. Ni kan bulan pose. Ke guaner?

Ini kira 'hint' ah nok ghoyak aku dok available doh. Okey cukup pasal diri aku. Kita cakap pasal Ramadhan. Ingat, puase ni memang 'heaven-class' punye strategi untuk lawan nafsu dan syaitan. Kelas syurga beb, bukan kelas dunia! Messi je pemain bola world-class, kelas dunia, tapi muslim mukmin kelas-syurga beb, mana buleh lawan, ye dok? Bakpe, aku kate puase ni kelas-syurga? Mu baca molek sabda Nabi junjungan kita ni (selawat ke atas nabi):

Dalam riwayat Al-Bukhâry dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallâhu ‘anhu, Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّيْ امْرُؤٌ صَائِمٌ

“… dan puasa adalah tameng(perisai). Bila salah seorang dari kalian berada pada hari puasa, janganlah ia berbuat sia-sia dan janganlah ia banyak mendebat. Kalau orang lain mencercanya atau memusuhinya, hendaknya ia berkata, ‘Saya sedang berpuasa.’.”

Juga dalam hadits Jâbir, ‘Utsman bin Abil ‘Âsh, dan Abu Hurairah radhiyallâhu ‘anhu riwayat Imam Ahmad dan selainnya, Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الصِّيَامُ جُنَّةٌ كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنَ الْقِتَالِ

“Puasa merupakan tameng(perisai) terhadap neraka, seperti tameng salah seorang dari kalian pada peperangan.”

Dalam hadits ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallâhu ‘anhu riwayat Al-Bukhâry dan Muslim, Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, hendaklah ia menikah karena hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan, dan barangsiapa yang belum mampu, hendaknya ia berpuasa karena sesungguhnya (puasa itu) adalah pemutus syahwatnya.”

Dalam hadits Abu Sa’id Al-Khudry radhiyallâhu ‘anhu riwayat Al-Bukhâry dan Muslim, Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

“Tidak seorang hamba pun yang berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali, karena (amalannya pada) hari itu, Allah akan menjauh­kan wajahnya dari neraka (sejauh perjalanan) selama tujuh puluh tahun.”

Dan banyok lagi hadith serta ayat Qur'am untuk kita paham dan hayati. Dok caye lagi yang kita skang ni sedang berjuang untuk mencapai 'heaven-class' mukmin? Kalu dok caye lagi memang aku dok tau ah nok kate mende lagi. 

Ingatlah, hidup ni sementara, selagi ada ruang, isilah sampai penuh ruang tu, kalau ada peluang, ambiklah sampai xdok lagi peluang yang ada di depan mu....Tapi Allah sentiasa bagi peluang dan ruang sampai mu sendiri tak dapat menghitungnya, cuma yang tidak berakal menganggap peluang nya sudah tiada! -JPY

notakaki: Dalil al-quran/hadith dikupipes dari http://dzulqarnain.net/dalil-dalil-tentang-kewajiban-dan-keutamaan-puasa-ramadhan.html
8:49 AM Posted by Razali Sudin 0

Friday, May 24, 2013

Apabila Pungguk Mulai Merindui Bulan

Waaah... klasiknya tajuk entri aku kali ini. Adakah ada sesuatu disebalik tajuk di atas? Lagi molek aku puitiskan dengan puisi....

Ding dong ding dong...
Tepat jam 12 malam..
Cinderella terkejut....
Jarum pendek di angka 12..

Melihatkan pakaiannya beransur pudar..
dari serinya kini hanya bertampalan..
kereta kudaku tadi mana?
Sekejap...

Di manakah kasutku??

kasutmu denganku..
Aku hanya sempat menatap wajah mu
hanya seminit dua...
Belum kusempat untuk menyapa,
kau tiada..
yand ada hanyalah..

Di manakah kasut ku?
hanya itu yang kekal, tiada hilang cantiknya..
tiada hilang gemerlapannya..
Yang muat hanya untuk kakiku...

Di manakah pemilik saiz kaki ini?
Aku hanya membelek dengan penuh erti..
Ku tahu, adakah sudah tiba masanya..
Selepas berkurun, aku memendam rasa..
Adakah dia yang kutunggu?
Betulkah dia?

Dia bulan..
Aku pungguk..
Aku hanya pemegang kasut,
Dia pemilik kasut..
Ku sarung nanti sebagai akadku..
Tetapi bilakah lagi kan ku temu?
Pemilik sebelah kasut...
Sungguh..
Kenangan seminit dua..
Cukup untuk aku menunggu..

Siapakah bulan itu..
'Nurulqamar'ku (cahaya bulanku)...
Tunggulah kedatanganku...
Sungguh.. akulah
Pungguk yang ada sebilah kasut mu...


5:37 PM Posted by Razali Sudin 0

Tuesday, May 21, 2013

Macam-macam Ragam di Terengganu


17 hingga 19 Mei 2013 menjadi saksi pelbagai cerite yang JPY dan rakan2 nak dikongsikan. Tahir, Hanis & Amzar pasti menganggap ini merupakan kenangan terindah sepanjang di Terengganu, ye dak? mana tak ingatnya, 10 km di lebuh raya baru, dan akhirnya menempuh saat-saat shooting gambar kawen kawan, Riduan Zakir.

Buat korang semua, ni aku nok bagi karya sikit. Buat kenangan bersama.

17 haribulang, 3 jejake dari subuh hingga kuantang,
pastu masuk Jabor, kemudiang ke Muktafibillah, Ajil,
sehinggalah singgoh sebentor di Hospital Hulu Terengganu..
hanya kerana. aku sakit dada....

18 haribulang, 3 jejaka dari subuh hingga Kuala Terengganu,
berhenti sebentar mengisi minyak, mencari pula stesen bas KT,
seterusnya menunggu amzar empunya diri, menampakkan diri,
untuk kita bawok bagi majlis di petang hari, kembali berseri.

18 haribulang, 3 jejaka ke 4 jejaka, kini di persimpangan,
Bukit Payung menjadi saksi, kami menyimpang dari laluan Ajil -K.Berang,
Bertukar arah ke K.Telemong-Pasir Tinggi, satu hari yang memenatkan,
Diceritakan hanya di lebuhraya, sebuah lebuhraye...

Dari C hingga H, kami berhenti di sebelah kiri jalan,
Bimbang takut apa yang mungkin berlaku, enjin dihentikan.
Bonet dibuka, kepulan asap-asap kecil meninggi,
Percikan peluh panas pagi, baru jam 8.30 pagi...

Ke kiri kanan mencari air, dibimbangi air kering menjadi punca..
Sudah diperiksa di malam hari, mengapa cepat pula kekeringan tangki?
Biarkan ia sejuk sendiri, nanti kan diisi air kembali, bagi menyelesaikan
masalah di pagi hari, ya.. Baru jam 8.30 pagi...

Air di tangan, tangki di buka,
Perlahan-lahan diisi airnya,
Asap kecil pula yang keluar menandakan panas lagi...
Takper, kita biar dulu biar betul2 sejuk...
Ke guaner?

Dah diisi, Hanis bersedia di kerusi pemandu..
Tangan diputar, enjin di bunyi...
Yang keluar di ekzos, bukannya asap,
Tetapi hanya air, Ya. Ianya Air!

Pemandu lori berhenti, setelah ditahan untuk pertolongan,
Namun tidak mampu untuk menunda, kerana kekangan...
Butir percakapan beliau menakutkan..
Adakah Overhaul yang di maksudkan??

Bengkel harus di cari,
Kereta harus ditolak,
Sebuah motor datang menyapa,
Hanya si budak tanpa helmetnya,
Diundang tanpa dipinta, menghulurkan harapan,
kami ceria..

30 minit....
Krikk krikk krikk.. Tanpa berita..
Mujur lah kami meneruskan jua penolakan kereta,
Agar tidak membuang mase yang da terbuang..

"Itu, bukan budak tadi?"
Ya, budak yang hanya berhelmetkan kulit kepala..
"Bang, nak nok tepon.."
Nombor aku diberikan kepada nya
ya, sekali lagi kami ditinggalkan tanpa berita..
Krikk.. krik... kRikk..

Di sebelah kanan lebuh raya...
Pakcik dengan motonya melalui jalanan kecil..
"Jauh lagi tu.. nak..."
"Pak Cik leh tolong panggilkan mana2 pomen tak?"
"Dah dekat dah, nak..." (kami ketawa dalam diam)
kalau tak boleh tolong , bagitahu jerlah tak buleh tolong...
Ohhhhh......

Selepas dua selekoh,
harapan kami menjadi nyata..
persimpangan silap kami tadi sudah tampak di mata,
Kini kami hanya perlu bertanya..
di 18 haribulang,
DI MANAKAH POMEN BERWIBAWA?


jaliPOKyah -2013-
18 Haribulang
21 Mei 2013


12:24 PM Posted by Razali Sudin 3

Wednesday, April 10, 2013

Penat Jugok Weyh...

"Mu tahu dok.. Aku dah tinggal wat keje cari bahan makanan utk program macam program COMRADE dulu selama 3 tahun doh?.. Oh berat.. berat!"

Memang sakit pinggang. Biar ah mu nok kate aku tua kerepot pun, tapi nok ghoyak jugok bahawasanya aku doh lame doh dok wat keje cari makanan kering kat NSK atau TESCO. Kini masa itu kembali lagi.... Jeng jeng jeng!!!

Leadership & Spiritual Camp anjuran CENSERVE ni merupakan 'maclead' versi CENSERVE khas untuk budok-budok (student iium) di bawah pantauan CENSERVE. Nama kem, maka tempat tinggal mesti ah khemah sebatang kera. Bebudok ni akan duk dalam khemah, berak kencing kene gali lubang, korek sendiri dan macam2 lagi modul survivor. Aku banyok cerita kan, sesak nafas budok ni (kalau lah diorg baca blog aku ni, tapi diorang tau ke aku ada blog?) hahaahhaha......

Aku akan bertolak esok. Hari ni, bersama Lotfi Amir dan Kak Mer mencari barang di TESCO dan NSK manakala abang Din 'kocik' bersama Abang Amran drebar bas UIAM (hari naik bawak lori UIA) pergi beli lubang jamban serta barang2 hardware yg lain. Esoknya, hari Khamis, aku bertolak pukul 11 pagi dari UIA ke Kem Penor, Pekan, Pahang. Jadi orang Pok Jib ah 3 hari 2 malam sebab guna kawasan dia kan esok...kah kah kah. Kawasan sementara, mana tahu kali ni tumbang pulok. Terik ni lah!

Tiba-tiba menceloh seseorang, "Ada aku tanya apa yg berlaku hari ni? Ade aku kesah, wahai JPY?"

Cilakak sungguh. Doh name blog, suka ati aku ah nok tulis pebende pun. Hahahaha. Jangan mara arr... Aku cerita sbb nok mintak kt korang doa agar program kami lancor, selancor2 nya.. ameen... =)

p/s: “Berdasarkan kata Imam Syafei, dunia itu adalah tanaman untuk akhirat.” (petikan ayat ni dari sini: http://www.mohdshazni.com/2013/01/all-is-well/)
8:47 PM Posted by Razali Sudin 0

Tuesday, April 9, 2013

Comel Sungguh 'abang' Pendi kiter...

"Guane-guane pung aku kene balik jugok kampung!"

Orang kate demi saing-saing sobat (sahabat) lame gak, kita memang dok buleh lupe. ade lah dalam akhir bulan lepah, saing aku Mohd Affendi Shafie pun selamat mendirikan rumahtangga sekaligus membina 'masjid' hok kite dok napok dengan mate kasor kita.

"Betul ke dok aku eja name mung ni, Pendi? Kalau saloh, harap di ampuni."

Aku nok balik malam Jumaat tu. tiket dok beli lagi. Aku berniat musafir selalu lah lepas asar. dari pejabat terus ke Hentian Putra untuk beli tiket sebelum bertolak. Aku dengan bergaya serta penuh yakin dan konfiden, terus aku ke kaunter pertanyaan.

"Bang, tiket malam ni ade lagi dok?"
"Oloh dik... abis licin doh.. Bakpe lewat ngat beli?"

Terkejut beruk aku kt situ. hati sanubari aku pun berkata,

"Padan muka! Sape suruh beli on the spot. Ingat mu nak balik mane? Perak? Negeri Sembilan? Ni negeri pantai timur boh. Tak kira cuti mende, semua nok balik bercuti! Kah kah kah..."

Panjang sungguh hati aku berbicara sempat meng'anjing'kan diri sendiri lak tu. Kah kah kah. last2 dan last but not least, akhirnya ku akur dengan ketentuan Ilahi.

"Bang, esok pagi ade?"
"Ade.. tapi seat belakang sekali ah.. Guaner?"
'Bereh bang.. janji balik."

1/2 jam kemudian.

Tititititititittitititkkkkk.. kring kring! kring kring!

"Hello du... tiket aku habis. Esok pagi aku balik. Terus bas aku berhenti kat walimah Pendi. Habis cerita."

Sempat lagi  Dudu gelakkan aku. Kah kah kah.. Siot nyer member. Mu dok tahu betapa sedihnya aku ber'musafir' kembali ke UIAM.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

-surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Ayat ini merupakan rentetan dari kisah Nabi Isa a.s ketika mana menyeru kaumnya kepada agama islam.Dan ayat ini juga merupakan ancaman kepada orang kafir yang engkar akan dakwah Nabi Isa a.s kepada mereka.
Mereka merancang untuk menyalib dan membunuh Nabi Isa a.s.Walaubagaimanapun perancangan mereka atau muslihat mereka di hancurkan oleh ALLAH yang mana dalam ayat yang seterusnya ALLAH menceritakan bagaimana ALLAH mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s ke langit sehinggalah Hari Qiamat.
Tafsir fi Zilalil Quran penulisan Syed Qutb menceritakan bagaimana perancangan ALLAH itu memusnahkan perancangan jahat kaum kafir quraisy.*
Hebatkan perancangan Allah. Esoknya pun esok lah, janji buleh balik. Sesungguhnya Allah sedia plan yg dahsyat doh untuk aku esoknya...  Hehehe...

(Esoknya perjalanan senang, x terkejar dan selamat sampai. Kalau jadi jugok balik malam, sampai2 sahaja 4.00 pagi kat K.Berang, sape nok amik aku? Dok pasal2 susahkan adik beradik dan kawan2... Comel doh eh rancangan Allah.)

Di walimah Pendi.

Turun jer dari bas, terus aku  terjah makanan. Lapor beb. Kat sana, dapatlah aku berjumpa dengan org yg lama doh x jumpe2 sejak dari bangku skoloh lagi. Player dan Staff Sime darby Football Club, Dzul Ezzri dan bekas pelajar hotstuff Smaasza, saudare Faliq. Bukhori dan pasangan dia pun mari. Comel jugok pengantin baru sorang. Hok lagi comel adalah.....

tadaa... Pendi dan Isteri
Dzul dan Faliq (gambar belakang tu Dudu)
Nok lagi gambor? Klik kat SINI
* Sumber: http://wahdahperkongsian.wordpress.com/2011/04/27/allah-sebaik-baik-perancang/
6:04 PM Posted by Razali Sudin 0