TOP NEWS

Selamat datang, dan tinggalkan lah kat JPY nasihat-nasihat yg berguna ya! Jangan lupe tegur JPY, ok?

Friday, September 27, 2013

Mengajar. Berkongsi. Berinspirasi.



Ini kali pertama aku ditawarkan untuk berkongsi. Mengajar adalah sebahagian minat aku. Bila ditawarkan peluang ini, terus aku mendakapinya tanpa ada rasa terbeban dan sebagainya. Kali pertama juga pada 13 Mei yang lalu aku mendaftarkan nama Brilliant Inspiration di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan seterusnya kini aku bekerja sendiri. Jan 2010 pula menyaksikan aku bekerja secara sambilan di CENSERVE, satu pusat khidmat sosial di UIAM sehinggalah kini. memang sukar untuk aku lepaskan.

Alhamdulillah. Ini semua adalah nikmat Allah. Ini semua adalah milik Allah. Allah sedang mengamanahkan CENSERVE, Brilliant Inspiration dan kini, CCCD 3111 kepada aku. Aku terima dan redha ya Allah kerana ketiga-tiga ini adalah minat aku. Jiwa aku.

Kelas pada setiap hari Rabu. November sehingga Disember sudah ada tempahan program dan perkahwinan. Setiap hujung minggu pula pasti program dan aktiviti sukarelawan pula memanggil. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Rezeki Allah hadir, tidak kira susah dan senang, banyak mematangkan diri aku.

Aku harap semua aktiviti aku ini dikira ibadah dan mendapat keredhaanMu, ya Allah. Seuntai kata dari aku;

Usah panik dengan dugaan yang datang
Senyum dan tenang, itulah kemanisan namanya.

Hidup takkan bosan dengan masalah, tapi hidup menjadi sia-sia kerana bergelumang dengan masalah yang tidak diselesaikan.

Jangan mundur kalau sudah bertapak, Jangan melangit kalau tapak tidak kukuh! Bersederhanalah, insyaaAllah ada barakah.

Beri inspirasi, Kongsi Inspirasi, moga hidupmu bermotivasi!

0 comments: