TOP NEWS

Selamat datang, dan tinggalkan lah kat JPY nasihat-nasihat yg berguna ya! Jangan lupe tegur JPY, ok?

Showing posts with label Hari Ini Dalam Sejarah. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Aku Manusia Lemah



Aku memandang cermin.

"Weh, kau tak habis-habis buat hal, kan?"
"Aku tau,  aku salah. Aku bukannya perfect!"
"Elleh, kau tak habis-habis buat hal.. Takkan kau tak faham?"
"Aku lemah bab perasaan-perasaan ini..."
"Itu lah engkau, selalu buat orang terluka, terguris. Kau memang tak belajar dari pengalaman lampau, kan?"
"Pengalaman lampau lagi teruk. Aku, kalau boleh tak nak ulangi, dah.."
"Engkau, bagi nasihat, bukan main pandai, kan??!"
"Aku tau... kali ini 'timing' aku salah..."

Aku berpaling dari cermin. Menadah tangan.

"Ya Allah. Aku mohon perlindungan mu dari Syaitan yang direjam. Sesungguhnya, aku tidak putus-putus membuat dosa dan mengundang kemurkaanMu, aku takut, ya Allah. Engkau ampunilah aku, tunjukilah jalan yang lurus. Kurniakanlah hidayahMu, jauhkanlah aku dari perkara-perkara mungkar dan keji, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ampunilah aku."


11:25 AM Posted by JPY 0

Tuesday, May 21, 2013

Macam-macam Ragam di Terengganu


17 hingga 19 Mei 2013 menjadi saksi pelbagai cerite yang JPY dan rakan2 nak dikongsikan. Tahir, Hanis & Amzar pasti menganggap ini merupakan kenangan terindah sepanjang di Terengganu, ye dak? mana tak ingatnya, 10 km di lebuh raya baru, dan akhirnya menempuh saat-saat shooting gambar kawen kawan, Riduan Zakir.

Buat korang semua, ni aku nok bagi karya sikit. Buat kenangan bersama.

17 haribulang, 3 jejake dari subuh hingga kuantang,
pastu masuk Jabor, kemudiang ke Muktafibillah, Ajil,
sehinggalah singgoh sebentor di Hospital Hulu Terengganu..
hanya kerana. aku sakit dada....

18 haribulang, 3 jejaka dari subuh hingga Kuala Terengganu,
berhenti sebentar mengisi minyak, mencari pula stesen bas KT,
seterusnya menunggu amzar empunya diri, menampakkan diri,
untuk kita bawok bagi majlis di petang hari, kembali berseri.

18 haribulang, 3 jejaka ke 4 jejaka, kini di persimpangan,
Bukit Payung menjadi saksi, kami menyimpang dari laluan Ajil -K.Berang,
Bertukar arah ke K.Telemong-Pasir Tinggi, satu hari yang memenatkan,
Diceritakan hanya di lebuhraya, sebuah lebuhraye...

Dari C hingga H, kami berhenti di sebelah kiri jalan,
Bimbang takut apa yang mungkin berlaku, enjin dihentikan.
Bonet dibuka, kepulan asap-asap kecil meninggi,
Percikan peluh panas pagi, baru jam 8.30 pagi...

Ke kiri kanan mencari air, dibimbangi air kering menjadi punca..
Sudah diperiksa di malam hari, mengapa cepat pula kekeringan tangki?
Biarkan ia sejuk sendiri, nanti kan diisi air kembali, bagi menyelesaikan
masalah di pagi hari, ya.. Baru jam 8.30 pagi...

Air di tangan, tangki di buka,
Perlahan-lahan diisi airnya,
Asap kecil pula yang keluar menandakan panas lagi...
Takper, kita biar dulu biar betul2 sejuk...
Ke guaner?

Dah diisi, Hanis bersedia di kerusi pemandu..
Tangan diputar, enjin di bunyi...
Yang keluar di ekzos, bukannya asap,
Tetapi hanya air, Ya. Ianya Air!

Pemandu lori berhenti, setelah ditahan untuk pertolongan,
Namun tidak mampu untuk menunda, kerana kekangan...
Butir percakapan beliau menakutkan..
Adakah Overhaul yang di maksudkan??

Bengkel harus di cari,
Kereta harus ditolak,
Sebuah motor datang menyapa,
Hanya si budak tanpa helmetnya,
Diundang tanpa dipinta, menghulurkan harapan,
kami ceria..

30 minit....
Krikk krikk krikk.. Tanpa berita..
Mujur lah kami meneruskan jua penolakan kereta,
Agar tidak membuang mase yang da terbuang..

"Itu, bukan budak tadi?"
Ya, budak yang hanya berhelmetkan kulit kepala..
"Bang, nak nok tepon.."
Nombor aku diberikan kepada nya
ya, sekali lagi kami ditinggalkan tanpa berita..
Krikk.. krik... kRikk..

Di sebelah kanan lebuh raya...
Pakcik dengan motonya melalui jalanan kecil..
"Jauh lagi tu.. nak..."
"Pak Cik leh tolong panggilkan mana2 pomen tak?"
"Dah dekat dah, nak..." (kami ketawa dalam diam)
kalau tak boleh tolong , bagitahu jerlah tak buleh tolong...
Ohhhhh......

Selepas dua selekoh,
harapan kami menjadi nyata..
persimpangan silap kami tadi sudah tampak di mata,
Kini kami hanya perlu bertanya..
di 18 haribulang,
DI MANAKAH POMEN BERWIBAWA?


jaliPOKyah -2013-
18 Haribulang
21 Mei 2013


12:24 PM Posted by JPY 3

Wednesday, April 10, 2013

Penat Jugok Weyh...

"Mu tahu dok.. Aku dah tinggal wat keje cari bahan makanan utk program macam program COMRADE dulu selama 3 tahun doh?.. Oh berat.. berat!"

Memang sakit pinggang. Biar ah mu nok kate aku tua kerepot pun, tapi nok ghoyak jugok bahawasanya aku doh lame doh dok wat keje cari makanan kering kat NSK atau TESCO. Kini masa itu kembali lagi.... Jeng jeng jeng!!!

Leadership & Spiritual Camp anjuran CENSERVE ni merupakan 'maclead' versi CENSERVE khas untuk budok-budok (student iium) di bawah pantauan CENSERVE. Nama kem, maka tempat tinggal mesti ah khemah sebatang kera. Bebudok ni akan duk dalam khemah, berak kencing kene gali lubang, korek sendiri dan macam2 lagi modul survivor. Aku banyok cerita kan, sesak nafas budok ni (kalau lah diorg baca blog aku ni, tapi diorang tau ke aku ada blog?) hahaahhaha......

Aku akan bertolak esok. Hari ni, bersama Lotfi Amir dan Kak Mer mencari barang di TESCO dan NSK manakala abang Din 'kocik' bersama Abang Amran drebar bas UIAM (hari naik bawak lori UIA) pergi beli lubang jamban serta barang2 hardware yg lain. Esoknya, hari Khamis, aku bertolak pukul 11 pagi dari UIA ke Kem Penor, Pekan, Pahang. Jadi orang Pok Jib ah 3 hari 2 malam sebab guna kawasan dia kan esok...kah kah kah. Kawasan sementara, mana tahu kali ni tumbang pulok. Terik ni lah!

Tiba-tiba menceloh seseorang, "Ada aku tanya apa yg berlaku hari ni? Ade aku kesah, wahai JPY?"

Cilakak sungguh. Doh name blog, suka ati aku ah nok tulis pebende pun. Hahahaha. Jangan mara arr... Aku cerita sbb nok mintak kt korang doa agar program kami lancor, selancor2 nya.. ameen... =)

p/s: “Berdasarkan kata Imam Syafei, dunia itu adalah tanaman untuk akhirat.” (petikan ayat ni dari sini: http://www.mohdshazni.com/2013/01/all-is-well/)
8:47 PM Posted by JPY 0

Tuesday, April 9, 2013

Comel Sungguh 'abang' Pendi kiter...

"Guane-guane pung aku kene balik jugok kampung!"

Orang kate demi saing-saing sobat (sahabat) lame gak, kita memang dok buleh lupe. ade lah dalam akhir bulan lepah, saing aku Mohd Affendi Shafie pun selamat mendirikan rumahtangga sekaligus membina 'masjid' hok kite dok napok dengan mate kasor kita.

"Betul ke dok aku eja name mung ni, Pendi? Kalau saloh, harap di ampuni."

Aku nok balik malam Jumaat tu. tiket dok beli lagi. Aku berniat musafir selalu lah lepas asar. dari pejabat terus ke Hentian Putra untuk beli tiket sebelum bertolak. Aku dengan bergaya serta penuh yakin dan konfiden, terus aku ke kaunter pertanyaan.

"Bang, tiket malam ni ade lagi dok?"
"Oloh dik... abis licin doh.. Bakpe lewat ngat beli?"

Terkejut beruk aku kt situ. hati sanubari aku pun berkata,

"Padan muka! Sape suruh beli on the spot. Ingat mu nak balik mane? Perak? Negeri Sembilan? Ni negeri pantai timur boh. Tak kira cuti mende, semua nok balik bercuti! Kah kah kah..."

Panjang sungguh hati aku berbicara sempat meng'anjing'kan diri sendiri lak tu. Kah kah kah. last2 dan last but not least, akhirnya ku akur dengan ketentuan Ilahi.

"Bang, esok pagi ade?"
"Ade.. tapi seat belakang sekali ah.. Guaner?"
'Bereh bang.. janji balik."

1/2 jam kemudian.

Tititititititittitititkkkkk.. kring kring! kring kring!

"Hello du... tiket aku habis. Esok pagi aku balik. Terus bas aku berhenti kat walimah Pendi. Habis cerita."

Sempat lagi  Dudu gelakkan aku. Kah kah kah.. Siot nyer member. Mu dok tahu betapa sedihnya aku ber'musafir' kembali ke UIAM.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

-surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Ayat ini merupakan rentetan dari kisah Nabi Isa a.s ketika mana menyeru kaumnya kepada agama islam.Dan ayat ini juga merupakan ancaman kepada orang kafir yang engkar akan dakwah Nabi Isa a.s kepada mereka.
Mereka merancang untuk menyalib dan membunuh Nabi Isa a.s.Walaubagaimanapun perancangan mereka atau muslihat mereka di hancurkan oleh ALLAH yang mana dalam ayat yang seterusnya ALLAH menceritakan bagaimana ALLAH mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s ke langit sehinggalah Hari Qiamat.
Tafsir fi Zilalil Quran penulisan Syed Qutb menceritakan bagaimana perancangan ALLAH itu memusnahkan perancangan jahat kaum kafir quraisy.*
Hebatkan perancangan Allah. Esoknya pun esok lah, janji buleh balik. Sesungguhnya Allah sedia plan yg dahsyat doh untuk aku esoknya...  Hehehe...

(Esoknya perjalanan senang, x terkejar dan selamat sampai. Kalau jadi jugok balik malam, sampai2 sahaja 4.00 pagi kat K.Berang, sape nok amik aku? Dok pasal2 susahkan adik beradik dan kawan2... Comel doh eh rancangan Allah.)

Di walimah Pendi.

Turun jer dari bas, terus aku  terjah makanan. Lapor beb. Kat sana, dapatlah aku berjumpa dengan org yg lama doh x jumpe2 sejak dari bangku skoloh lagi. Player dan Staff Sime darby Football Club, Dzul Ezzri dan bekas pelajar hotstuff Smaasza, saudare Faliq. Bukhori dan pasangan dia pun mari. Comel jugok pengantin baru sorang. Hok lagi comel adalah.....

tadaa... Pendi dan Isteri
Dzul dan Faliq (gambar belakang tu Dudu)
Nok lagi gambor? Klik kat SINI
* Sumber: http://wahdahperkongsian.wordpress.com/2011/04/27/allah-sebaik-baik-perancang/
6:04 PM Posted by JPY 0