TOP NEWS

Selamat datang, dan tinggalkan lah kat JPY nasihat-nasihat yg berguna ya! Jangan lupe tegur JPY, ok?

Tuesday, April 9, 2013

Comel Sungguh 'abang' Pendi kiter...

"Guane-guane pung aku kene balik jugok kampung!"

Orang kate demi saing-saing sobat (sahabat) lame gak, kita memang dok buleh lupe. ade lah dalam akhir bulan lepah, saing aku Mohd Affendi Shafie pun selamat mendirikan rumahtangga sekaligus membina 'masjid' hok kite dok napok dengan mate kasor kita.

"Betul ke dok aku eja name mung ni, Pendi? Kalau saloh, harap di ampuni."

Aku nok balik malam Jumaat tu. tiket dok beli lagi. Aku berniat musafir selalu lah lepas asar. dari pejabat terus ke Hentian Putra untuk beli tiket sebelum bertolak. Aku dengan bergaya serta penuh yakin dan konfiden, terus aku ke kaunter pertanyaan.

"Bang, tiket malam ni ade lagi dok?"
"Oloh dik... abis licin doh.. Bakpe lewat ngat beli?"

Terkejut beruk aku kt situ. hati sanubari aku pun berkata,

"Padan muka! Sape suruh beli on the spot. Ingat mu nak balik mane? Perak? Negeri Sembilan? Ni negeri pantai timur boh. Tak kira cuti mende, semua nok balik bercuti! Kah kah kah..."

Panjang sungguh hati aku berbicara sempat meng'anjing'kan diri sendiri lak tu. Kah kah kah. last2 dan last but not least, akhirnya ku akur dengan ketentuan Ilahi.

"Bang, esok pagi ade?"
"Ade.. tapi seat belakang sekali ah.. Guaner?"
'Bereh bang.. janji balik."

1/2 jam kemudian.

Tititititititittitititkkkkk.. kring kring! kring kring!

"Hello du... tiket aku habis. Esok pagi aku balik. Terus bas aku berhenti kat walimah Pendi. Habis cerita."

Sempat lagi  Dudu gelakkan aku. Kah kah kah.. Siot nyer member. Mu dok tahu betapa sedihnya aku ber'musafir' kembali ke UIAM.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

-surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Ayat ini merupakan rentetan dari kisah Nabi Isa a.s ketika mana menyeru kaumnya kepada agama islam.Dan ayat ini juga merupakan ancaman kepada orang kafir yang engkar akan dakwah Nabi Isa a.s kepada mereka.
Mereka merancang untuk menyalib dan membunuh Nabi Isa a.s.Walaubagaimanapun perancangan mereka atau muslihat mereka di hancurkan oleh ALLAH yang mana dalam ayat yang seterusnya ALLAH menceritakan bagaimana ALLAH mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s ke langit sehinggalah Hari Qiamat.
Tafsir fi Zilalil Quran penulisan Syed Qutb menceritakan bagaimana perancangan ALLAH itu memusnahkan perancangan jahat kaum kafir quraisy.*
Hebatkan perancangan Allah. Esoknya pun esok lah, janji buleh balik. Sesungguhnya Allah sedia plan yg dahsyat doh untuk aku esoknya...  Hehehe...

(Esoknya perjalanan senang, x terkejar dan selamat sampai. Kalau jadi jugok balik malam, sampai2 sahaja 4.00 pagi kat K.Berang, sape nok amik aku? Dok pasal2 susahkan adik beradik dan kawan2... Comel doh eh rancangan Allah.)

Di walimah Pendi.

Turun jer dari bas, terus aku  terjah makanan. Lapor beb. Kat sana, dapatlah aku berjumpa dengan org yg lama doh x jumpe2 sejak dari bangku skoloh lagi. Player dan Staff Sime darby Football Club, Dzul Ezzri dan bekas pelajar hotstuff Smaasza, saudare Faliq. Bukhori dan pasangan dia pun mari. Comel jugok pengantin baru sorang. Hok lagi comel adalah.....

tadaa... Pendi dan Isteri
Dzul dan Faliq (gambar belakang tu Dudu)
Nok lagi gambor? Klik kat SINI
* Sumber: http://wahdahperkongsian.wordpress.com/2011/04/27/allah-sebaik-baik-perancang/

0 comments: