TOP NEWS

Selamat datang, dan tinggalkan lah kat JPY nasihat-nasihat yg berguna ya! Jangan lupe tegur JPY, ok?

Friday, May 24, 2013

Apabila Pungguk Mulai Merindui Bulan

Waaah... klasiknya tajuk entri aku kali ini. Adakah ada sesuatu disebalik tajuk di atas? Lagi molek aku puitiskan dengan puisi....

Ding dong ding dong...
Tepat jam 12 malam..
Cinderella terkejut....
Jarum pendek di angka 12..

Melihatkan pakaiannya beransur pudar..
dari serinya kini hanya bertampalan..
kereta kudaku tadi mana?
Sekejap...

Di manakah kasutku??

kasutmu denganku..
Aku hanya sempat menatap wajah mu
hanya seminit dua...
Belum kusempat untuk menyapa,
kau tiada..
yand ada hanyalah..

Di manakah kasut ku?
hanya itu yang kekal, tiada hilang cantiknya..
tiada hilang gemerlapannya..
Yang muat hanya untuk kakiku...

Di manakah pemilik saiz kaki ini?
Aku hanya membelek dengan penuh erti..
Ku tahu, adakah sudah tiba masanya..
Selepas berkurun, aku memendam rasa..
Adakah dia yang kutunggu?
Betulkah dia?

Dia bulan..
Aku pungguk..
Aku hanya pemegang kasut,
Dia pemilik kasut..
Ku sarung nanti sebagai akadku..
Tetapi bilakah lagi kan ku temu?
Pemilik sebelah kasut...
Sungguh..
Kenangan seminit dua..
Cukup untuk aku menunggu..

Siapakah bulan itu..
'Nurulqamar'ku (cahaya bulanku)...
Tunggulah kedatanganku...
Sungguh.. akulah
Pungguk yang ada sebilah kasut mu...


0 comments: