TOP NEWS

Selamat datang, dan tinggalkan lah kat JPY nasihat-nasihat yg berguna ya! Jangan lupe tegur JPY, ok?

Tuesday, May 21, 2013

Macam-macam Ragam di Terengganu


17 hingga 19 Mei 2013 menjadi saksi pelbagai cerite yang JPY dan rakan2 nak dikongsikan. Tahir, Hanis & Amzar pasti menganggap ini merupakan kenangan terindah sepanjang di Terengganu, ye dak? mana tak ingatnya, 10 km di lebuh raya baru, dan akhirnya menempuh saat-saat shooting gambar kawen kawan, Riduan Zakir.

Buat korang semua, ni aku nok bagi karya sikit. Buat kenangan bersama.

17 haribulang, 3 jejake dari subuh hingga kuantang,
pastu masuk Jabor, kemudiang ke Muktafibillah, Ajil,
sehinggalah singgoh sebentor di Hospital Hulu Terengganu..
hanya kerana. aku sakit dada....

18 haribulang, 3 jejaka dari subuh hingga Kuala Terengganu,
berhenti sebentar mengisi minyak, mencari pula stesen bas KT,
seterusnya menunggu amzar empunya diri, menampakkan diri,
untuk kita bawok bagi majlis di petang hari, kembali berseri.

18 haribulang, 3 jejaka ke 4 jejaka, kini di persimpangan,
Bukit Payung menjadi saksi, kami menyimpang dari laluan Ajil -K.Berang,
Bertukar arah ke K.Telemong-Pasir Tinggi, satu hari yang memenatkan,
Diceritakan hanya di lebuhraya, sebuah lebuhraye...

Dari C hingga H, kami berhenti di sebelah kiri jalan,
Bimbang takut apa yang mungkin berlaku, enjin dihentikan.
Bonet dibuka, kepulan asap-asap kecil meninggi,
Percikan peluh panas pagi, baru jam 8.30 pagi...

Ke kiri kanan mencari air, dibimbangi air kering menjadi punca..
Sudah diperiksa di malam hari, mengapa cepat pula kekeringan tangki?
Biarkan ia sejuk sendiri, nanti kan diisi air kembali, bagi menyelesaikan
masalah di pagi hari, ya.. Baru jam 8.30 pagi...

Air di tangan, tangki di buka,
Perlahan-lahan diisi airnya,
Asap kecil pula yang keluar menandakan panas lagi...
Takper, kita biar dulu biar betul2 sejuk...
Ke guaner?

Dah diisi, Hanis bersedia di kerusi pemandu..
Tangan diputar, enjin di bunyi...
Yang keluar di ekzos, bukannya asap,
Tetapi hanya air, Ya. Ianya Air!

Pemandu lori berhenti, setelah ditahan untuk pertolongan,
Namun tidak mampu untuk menunda, kerana kekangan...
Butir percakapan beliau menakutkan..
Adakah Overhaul yang di maksudkan??

Bengkel harus di cari,
Kereta harus ditolak,
Sebuah motor datang menyapa,
Hanya si budak tanpa helmetnya,
Diundang tanpa dipinta, menghulurkan harapan,
kami ceria..

30 minit....
Krikk krikk krikk.. Tanpa berita..
Mujur lah kami meneruskan jua penolakan kereta,
Agar tidak membuang mase yang da terbuang..

"Itu, bukan budak tadi?"
Ya, budak yang hanya berhelmetkan kulit kepala..
"Bang, nak nok tepon.."
Nombor aku diberikan kepada nya
ya, sekali lagi kami ditinggalkan tanpa berita..
Krikk.. krik... kRikk..

Di sebelah kanan lebuh raya...
Pakcik dengan motonya melalui jalanan kecil..
"Jauh lagi tu.. nak..."
"Pak Cik leh tolong panggilkan mana2 pomen tak?"
"Dah dekat dah, nak..." (kami ketawa dalam diam)
kalau tak boleh tolong , bagitahu jerlah tak buleh tolong...
Ohhhhh......

Selepas dua selekoh,
harapan kami menjadi nyata..
persimpangan silap kami tadi sudah tampak di mata,
Kini kami hanya perlu bertanya..
di 18 haribulang,
DI MANAKAH POMEN BERWIBAWA?


jaliPOKyah -2013-
18 Haribulang
21 Mei 2013


3 comments:

  1. hahahhaha tu lah pasal.. memang kenangan yg x disangka2.. nok tau sudoh nyer ganer, nad? hahhahah sudohnye lekat kat Pomen ah...

    ReplyDelete